Monday, January 9

musim exam ..

assalamualaikum..morning.morning.morning =)

mulekan hari anda dengan big smile macam nie =D haha tu bukan senyum dah tu ,tu gelak besar..hahahha so hari ini nak story skit kat korang-korang pasal exam..weee amboi sukenya kan..haha exam membaca..haa..yela exam entreprenuership,operation management(ni mengira ok lg kan) dan principles of selling.. adoyaiinye pun haha=.= terus terang bg tahu korang saya  tak suke membaca suke mengira je.. semua budak uitm tengah busykan diri study kan..haha bila tepon membe je ''eh aku ade exam mggu nie,nanty kol balik''dalam hati aku cakap memang musim exam ke ape nie..sebab membe bukan uitm..haa tapi tak pe apepun gudluck untuk korang dan anda-anda yang bace entry nie

kal korang ada exam GOOD LUCK tau utk korang selalunya bila nak dekat exam nie laaa baru nak bace buku kan? jangan tipu ye memang student berkelakuan macam nie..sama la macam yang menulis nie hahaha lepas tu konon-konon buat nota ringkas  ianya memang bantu saya sebab bagi orang yang tak suka membaca nie memang tak suke tgok karangan panjang-panjang jadi kita ringkaskan bende itu..weee yang lagi hebat pegi bukak past year question,macam tilik soalan la ni salu saya buat,bukan ape dari past year la yang banyak keluar dalam examnye pun..haha btol tak??kan sape ade buat macam nie..tak cukup dengan  buat bende nie tanye lecturer,mdm or miss exam keluar ape..then sekali lecturer cakap tak de hint-hint bace je dari chpter bape sampai chpter bape..hahhaha

terkulat kau nak bace ,kalau sikit tak pe lagi kan...hihi nak lagi power,kal ade klas yang dah buat exam dulu tanye la budak kelas tu mule-mule buat baik dulu haha joke!''salam,buat ape tu??eh tadi exam susah tak??(sembang panjang-panjang last sekali baru tanye)tadi exam kuar ape ye?? hahaha''amek kau tu je point nak tepon kan.. mesti ade yang buat kan..saya pun penah buat macam niee tapi takdelah selalu jarang-jarang ..berbudi bahasa kan budaya kita..hakhakhak aikk cerita nie memang  perenggan cmnie ke ape kan..haha musim exam nie la sakit baru datang,sakit malas dan sakit meniru..haha tipu lettew kal tak penah sakit macam nie kan..hikhik sakit paling hebat pening kepale haa mane taknyaa bace jela buku yang sebesar gajah tu mane tak sakit urat saraf kat kepala tu kan time tu jugak la nak stress kan..tapi jangan risau  tentang masalah itu ye..hehe saya ada tips untuk korang,mari bace!





Kurangkan Jadi ‘Burung Hantu’

Kebanyakkan pelajar, terutamanya yang selalu ulangkaji pada saat akhir, 
mengulang kaji pada waktu malam. Ini mengakibatkan mereka berasa letih pada hari berikutnya, adakah dengan situasi mengantuk dan 
letih akan membantu anda pada hari berikutnya? 
Kajian terbaru mengatakan ‘tidak’.Kajian dalam edisi Januari 2011, 
Behavioral Sleep Medicine mendapati pelajar dimana selalu tidur lewat untuk belajar mendapat lebih kurang PNG (GPA) berbanding pelajar yang lain. Kajian juga menunjukkan mereka yang tidur lewat bukan kerana untuk belajar, tetapi sudah didapati ia sebagai rutin mereka untuk belajar lewat malam. Bagi mereka yang inginkan gred lebih tinggi, hentikan belajar lewat malam.


Kurangkan Kafein

Kafein dan pelajar adalah sahabat baik dalam bekerjasama
 untuk mengulangkaji pelajaran. 
Kafein boleh didapati dalam minuman seperti ‘energy drink’, 
kopi dan sebagainya. Kajian mengatakan kafein dapat membantu dalam meningkatkan pretasi tetapi dalam masa yang sama mempunyai kelemahan. Kajian menunjukkan pelajar yang meminum minuman kafein akan mengalami sakit kepala dan jantung berdebar-debar. 
Kafein juga mengurangkan rasa mengantuk dan mengakibatkan tidak cukup tidur, ini mengakibatkan anda tidak berasa segar pada waktu pagi. 
Dapatkan tenaga extra secara natural seperti makan makanan sihat dan juga bersenam, termasuk kualiti tidur yang dijaga.


Belajar Dengan Situasi Gembira, Bersama Rakan Yang Ceria?

Idea untuk belajar bersama rakan adalah baik, tetapi ia boleh bertukar menjadi sebuah kumpulan gossip jika anda silap untuk cari tempat atau rakan yang baik. Cari tempat yang sesuai untuk belajar berkumpulan. Elakkan belajar ditempat-tempat sibuk seperti restaurant atau lebih teruk lagi di bilik, kerana ia akan mengganggu pembelajaran anda. Cari tempat yang sunyi dan atmosfera yang sesuai seperti di perpustakaan. Cari rakan yang komited dan bertanggungjawab untuk mendapat input dan level yang sama tinggi daripada belajar berkumpulan.


Tunggu Sehingga Saat Akhir dan Berdebar-debar?

Banyak pelajar suka melakukan cara ini malah Bill Gates sendiri mencadangkannya,
 tetapi ia adalah cara paling berisiko dan anda harus fikirkan mengenainya. Perkara pertama adalah anda tidak sempat habis dalam masa yang sepatutnya dan masuk ke dewan dalam keadaan tidak bersedia. Kedua adalah anda akan mencari cara untuk menguasai masa dengan menggunakan kafein dan tidur lewat untuk belajar. 
Akhir sekali anda akan berdebar-debar akibat adrenaline dan masukkan informasi kedalam memori jangka pendek. Masa yang sesuai adalah mengulangkaji seminggu atau lebih awal daripada tarikh tamat tempoh.


Sentiasa Mengingatkan Diri Sendiri Kepada Perkara Penting?

Mengingati perkara penting mengenai peperiksaan akan menjadikan motivator yang baik untuk belajar, tetapi terlalu fokus akan memudaratkan. Jika anda adalah jenis pelajar yang berhati-hati, bimbang akan perkara buruk bakal berlaku dalam peperiksaan yang ketara, sudah tiba masanya untuk anda alihkan tumpuan. 
Ini kerana terlalu bimbang kepada ujian atau peperiksaan akan mengakibatkan anda melakukan kesilapan dan mendapat skor yang lebih rendah daripada sepatutnya.
 Elakkan terlalu obses, sentiasa berfikiran positif dan
 elakkan daripada kebimbangan yang melampau.


p/s : sorry entry pnjg sgt,but ni info untuk korang semua..amalkan ye ^_^

No comments:

Post a Comment