Friday, October 7

khasiat air masak/air putih




Badan kita diperkatakan bahawa memerlukan banyak air dalam seharian walaupun kita tidak melakukan aktiviti berat sekalipun, dari sistem perkumuhan juga air boleh hilang dari tubuh kita. Malahan juga kita digalakkan meminum air sebanyak yang mungkin dalam seharian, berapakah banyak tu? Tahukah kita apa kesannya jika kita mengabaikan pengambilan air dalam seharian? 

  • Kandungan air dalam tubuh yang mencapai 90% berfungsi dalam proses pencernaan, penyerapan, makanan, kitaran, menghasilkan air liur, pemicu nutrisi tubuh, serta menjaga suhu badan.
  • Apabila otot berasa sakit dan penat, ia menandakan cecair dalam tubuh kita tidak seimbang. Oleh sebab itu, disarankan untuk minum lebih banyak air sebelum dan ketika bersukan bagi menggantikan cecair yang hilang melalui perpeluhan.
  • Air juga berfungsi dan mampu mengawal kalori, ia dapat mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Sayur-sayuran, sup, gandum dan kekacang antara makanan yang mengandungi banyak air serta mengalami penyerapan yang perlahan. Ini menyebabkan kita mudah berasa kenyang dan ia mengurangkan pertambahan kalori.
  • "Sampah" utama dalam tubuh adalah 'nitrogen urea' yang larut dalam air, kemudian disaring oleh ginjal dan dibuang melalui air kencing. Ginjal akan bekerja dengan air sekiranya air dalam tubuh seimbang. Tubuh yang cukup air menghasilkan air kencing yang berwarna terang, tidak berbau dan mengalir lancar.
  • Air juga berfungsi menjaga proses pencernaan. Sekiranya air di dalam tubuh kurang, usus besar akan menyerap kembali cecair dari kotoran. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya sembelit atau sukar buang air besar kerana terlalu kering.

Itulah khasiat dan kebaikan air putih ini atau lebih di kenali air masak atau air kosong. Tapi jangan lupa pula, jika minum air terlalu banyak juga boleh menyebabkan keracunan air dengan cepat. Keracunan air terjadi apabila air mengurangkan tahap 'sodium' di dalam saluran darah dan menyebabkan ketidakseimbangan air dalam otak. 


p/s : jadi minumlah air masak tujuh gelas sehari..
kal nk kekalkan kecantikan wajib mnum air masak tau kengkawan =)

No comments:

Post a Comment