Sunday, November 20

ombak rindu ~

salam pagi semua..dah lame xupdate kan..
so harynie nk update pasal cerita yg bakal nk kuar 
xlama lagi...ombak rnduuu...rnduu ombak..hahaha


okay sinopsis cerita nie

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan 
Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

so cerita nie akan kuar pada 1 DISEMBER 2011
memang kene tgok ye kengkawan ^_^
pasti best..pengarah yg buat cerita nie adalah 
pengarah lagenda budak setan
artis-artis yg berlakon cerita nie pulak semua hebat-hebat
nak-nak aron aziz then lagu ost pun best gle..
dira n hafiz..sya memang minat dira punye suara
memang kenelah dorg berdua..


nie trailer ombak rnduuu
ok jom tgok kengkawan..
sedey xdpt tgok with my DATUK
hahaha(ngengadelah kau!)
p/s:wait for the next entry famous blogger =)

No comments:

Post a Comment